Sunday 29 April 2012

Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran


REFLEKSI PEMBELAJARAN UNTUK MAKRO PENGAJARAN

REFLEKSI
     Refleksi ini dibuat berdasarksan pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan pada tarikh 26 April 2012 bersamaan hari Khamis.  Murid-murid yang terlibat adalah dari kelas tahun 2 Fokus seramai 35 orang. Murid-murid Tahun 2 Fokus adalah kelas yang  boleh dikatakan dalam kategori sederhana. Berlatarbelakang dari kawasan penempatan semula penduduk dari kawasan setinggan, murid-murid di sekolah ini kebanyakkannya adalah dari kalangan keluarga yang sederhana dari segi ekonomi dan pendidikan.  Oleh sebab itulah kebanyakkan murid-murid di sekolah ini dalam tahap sederhana dari segi penguasaan pembelajaran mereka.
      Bidang pembelajaran yang saya sampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran saya adalah Nombor dan Operasi. Yang mana ianya termasuk dalam tajuk Operasi tolak dalam lingkungan 1000 yang melibatkan standard pembelajaran menolak sebarang dua nombor hingga tiga digit tanpa mengumpul semula.
     Semasa menjalankan set induksi, saya dapati murid-murid seronok dan memberi penumpuan serta aktif dengan memberi respon di mana mereka bersama-sama mengira bola yang ditunjukkan dalam sesi ini.  Bola yang berwarna-warni saya gunakan adalah untuk menarik perhatian murid di samping dapat digunakan untuk mengaitkan dengan operasi tolak yang akan saya sampaikan dalam pengajaran saya. 
     Saya telah menggunakan pendekatan atau kaedah penerangan bagi aktiviti perkembangan isi pelajaran langkah pertama yang mana penggunaan contoh-contoh dengan penerangan adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran terutama pelajaran matematik yang melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Ini adalah kerana ianya akan dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan lebih berkesan.  Idea yang abstrak, konsep-konsep yang baru dan susah, lebih mudah difahami apabila menggunakan contoh-contoh yang mudah kepada yang lebih konkrit.  Misalnya dalam bentuk lisan iaitu dengan mengemukakan analogi, bercerita, bentuk metafora dan sebagainya. Contoh-contoh juga boleh ditunjukkan dalam bentuk visual, lakaran, ilustrasi dan lain-lain.
     Sebenarnya pelbagai masalah telah saya lalui dalam usaha untuk menjalankan proses rakaman pengajaran dan pembelajaran ini, yang mana pada mulanya saya telah merancang untuk menggunakan peralatan ICT di dalam bilik makmal computer dalam bentuk microsoft power point semasa penyampaian pengajaran saya.  Malangnya pada hari tersebut, makmal computer digunakan untuk aktiviti sekolah dan peralatan ICT yang terdapat di dalam kelas 2 Fokus pula sememangnya telah rosak.  Keadaan ini menyebabkan saya mengubah perancangan kepada pendekatan penerangan menggunakan cara tradisional iaitu menggunakan papan putih dan kad-kad manila sebagai bahan bantu mengajar (BBM)
     Saya dapati murid-murid  dalam kelas ini, dapat memerima penerangan dengan baik dan mudah memahami penerangan yang diberikan.  Murid-murid memberi respon dengan menjawab soalan-soalan secara lisan yang ringkas yang diutarakan sebagai menguji pemahaman mereka terhadap penerangan yang disampaikan.  Walaupun saya dapati ada beberapa orang murid yang kelihatan tidak memberi perhatian semasa sesi pengajaran, saya faham kerana ketika cuaca panas dan kurang selesa.  Apa yang saya dapat lakukan adalah dengan memberi teguran dan memanggil mereka supaya memberi perhatian.
     Bagi aktiviti kumpulan pula, kaedah yang saya gunakan adalah kaedah kumpulan pelbagai kecerdasan yang mana murid-murid terdiri dari murid-murid yang sederhana dan lambat bagi kelas tersebut. Pengumpulan jenis ini adalah amat sesuai bagi aktiviti pembelajaran yang memerlukan bimbingan dari murid-murid yang cerdas bagi murid-murid yang kurang cerdas.  Dengan cara ini, bakat kepimpinan murid-murid yang cerdas dapat dikembangkan serta nilai-nilai murni seperti semangat bekerjasama, bertimbangrasa, bertanggungjawab dan toleransi dapat dipupuk dalam kumpulan jenis ini.  Semasa aktiviti menjawab soalan matematik secara kumpulan, saya dapati ada yang suka untuk menulis dan ada yang berusaha mengira menggunakan jari untuk mencari jawapan. Setelah mereka selesai menjawab soalan yang diberi dalam kumpulan, saya paparkan hasil kerja mereka di papan tulis dan semak bersama-sama jawapan yang telah diberi mengikut kumpulan masing-masing.  Dari jawapan yang diberi, saya dapati mereka faham dan tahu untuk menjawab soalan matematik yang diberi dalam bentuk ayat kepada bentuk lazim semasa menjawab.  Walaupun saya dapati ada sedikit kelemahan dalam penyediaan ruangan bentuk lazim yang mana ada murid yang keliru dalam penyalinan semula soalan di ruangan yang sepatutnya.  Namun ini dapat disedari sendiri oleh murid  kekeliruan yang telah dilakukan dan dapat diatasi dengan membuat sedikit pembetulan walaupun kelihatan sedikit kotor pada ruangan jawapan mereka.   
     Kelemahan yang terdapat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan adalah bahan bantu mengajar iaitu kad yang mengandungi soalan latihan dalam kumpulan kurang menarik dan kurang kandungan dari segi bilangan soalan.  Bilangan soalan untuk kerja kumpulan sepatutnya diberi lebih kerana mereka akan menyelesaikan soalan secara kumpulan tetapi saya beri hanya satu soalan kerana pengisian pengajaran yang dibuat hanya untuk tempuh tiga puluh minit.  Tulisan kurang menarik dan sepatutnya saya gunakan tulisan yang ditaip supaya kelihatan lebih cantik dan menarik.  Dari segi penggunaan ruang menjawab dalam bentuk lazim ada kekeliruan penggunaan ruang oleh murid dan mereka menyedarinya kerana tidak membuat tinjauan menyeluruh dahulu sebelum menulis dalam bentuk lazim.  Suasana kelas kedengaran sedikit bising kerana penglibatan murid yang aktif dan ada pula beberapa orang yang kelihatan sedikit bosan kerana cuaca yang panas ketika itu mempengaruhi tumpuan mereka pada pembelajaran.  Namun begitu, melalui penilaian yang dibuat semasa pembentangan hasil kerja kumpulan saya dapati murid-murid dapat mencapai objektif  yang diharapkan kerana semua soalan yang diberi dapat dijawab dengan betul. Hal ini disokong pula dengan hasil kerja latihan bertulis secara individu yang telah diberi.  Setelah saya semak hasil kerja mereka saya dapati semua orang dapat menjawab dengan betul sekurang-kurangnya tiga  dari lima soalan yang diberi. Latihan secara latih-tubi boleh diberikan kepada murid-murid ini sebagai kerja rumah bagi membantu mereka dalam mempertingkatkan kemahiran menolak.
     Oleh yang demikian, di sini saya boleh rumuskan bahawa kaedah-kaedah yang saya gunakan berjaya dilaksanakan dan murid-murid menglibatkan diri secara aktif  semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.  Saya harapkan di masa akan datang, saya akan dapat mempelbagaikan lagi kaedah-kaedah bagi menarik minat murid supaya murid-murid akan dapat memahami sesuatu topik yang disampaikan dengan lebih jelas.  Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu lebih menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan.  Terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.  Oleh yang demikian,  pemilihan terhadap kaedah dan teknik  yang lebih sesuai perlulah dilakukan secara berhati-hati supaya tidak menghalang dalam melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan lebih berkesan.  Aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan dapat difahami dengan lebih jelas dan tepat.  Aktiviti yang dipilih harus mempengaruhi intelek, emosi, minat dan kecenderungan pelajar secara berkesan serta mampu untuk menjelaskan pengajarannya.
     Jika saya berpeluang untuk mengajar topik ini lagi kepada kumpulan pelajar yang sama, saya akan gunakan pendekatan dan kaedah yang sama. Cuma semasa penerangan saya akan gunakan kemudahan ICT supaya murid-murid akan dapat melihat dengan jelas penggunaan ruang semasa penyelesaian soalan tolak dalam bentuk lazim.  Sememangnya penggunaan computer dan multimedia penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat memupuk pebagai kecekapan seperti menggalakkan potensi imaginative, kreatif, emosi, pemikiran logic dan kritikal. Penggunaan computer dan multimedia dalam pengajaran dengan memilih perisian yang sesuai dengan pembelajaran adalah penting supaya kecerdasan atau IQ para pelajar dapat dikukuhkan lagi.

       

Video dan Refleksi Pembelajaran Matematik

Rancangan Pelajaran Harian


Mata pelajaran;  Matematik
Kelas:  2 Fokus
Tarikh: 13 April 2012
Masa:  4.10 petang-4.40 petang (30 minit)
Bilangan murid:  35 orang.
Bidang Pelajaran: Nombor dan Operasi
Tajuk:  Tolak
Objektif:  Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini murid-murid akan dapat:
i)              Menolak sebarang dua nombor hingga tiga digit tanpa menumpul semula.
Pengetahuan sedia ada:
i)               Murid-murid telah mengetahui maksud pengumpulan. (tambah)
Bahan:
Benda-benda maujud, kad gambar, lembaran kerja kumpulan, lembaran kerja individu.
Nilai:  Semangat bekerjasama dalam aktiviti kumpulan
Kemahiran: 
               Menolak sebarang dua nombor.
Langkah/ Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
1. Murid-murid memerhati dan menganalisa objek yang ditunjukkan.



2.  3 bola dikeluarkan




-pengurangan (tolak)







 12 – 3 = 9
1,Guru menyoal: “Berapakah bilangan bola semuanya?




2. Guru mengambil 3 biji bola. Soalan guru: “Adakah bilangan bola bertambah atau berkurang?”

3. Apakah operasi yang sesuai digunakan untuk menerangkan pengurangan tersebut?
4. Guru menjelaskan ayat matematik yang sesuai.
1.Murid-murid memberi respon pada pertanyaan guru.




2. Murid-murid membilang semula dan menjawab pertanyaan guru.


3. Murid-murid memberi respon pertanyaan guru.


Perkembangan:
Langkah 1





















Langkah 2


Menolak sebarang dua nombor hingga tiga digit tanpa mengumpul semula.


Contoh:
a)342 – 32 = ______

ratus
puluh
sa
   3
-
  4
  3
 2
 2




b) 458 – 312 = ____

ratus
puluh
sa
  4
- 3
  5
  1
 8
 2

 



1. Murid-murid menyelesaikan contoh-contoh soalan dalam kumpulan.






2. Bincangkan jawapan bagi setiap kumpulan secara kelas.


1. Guru membimbing murid-murid menyelesaikan operasi tolak  dalam bentuk lazim ke dalam petak yang disediakan.













1. Guru mengedarkan contoh soalan dalam kad manila dan arahkan murid-murid berbincang serta menyelesaikan soalan.
2. Guru mengarahkan wakil kumpulan menunjukkan hasil kerja mereka ke hadapan kelas dan sama-sama menyemak jawapan.



1.Murid-murid memerhati dan cuba memahami penerangan guru.
















1. Murid-murid berbincang dalam kumpulan dan menyelesaikan soalan yang diberi.




2. Wakil kumpulan menunjukkan hasil kerja mereka di hadapan kelas.

Penutup
Menjawab soalan-soalan latihan dalam lembaran kerja.
Guru mengedarkan kertas lembaran kerja dan arahkan murid-murid menjawab soalan latihan yang diberi.
Murid-murid menjawab soalan-soalan latihan dalam lembaran kerja.
Sila rujuk “Lampiran lembaran kerja”

Sunday 22 April 2012

Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif (KBKK) Dalam Matematik

Perkembangan daya intelek seseorang individu adalah penting dan disarankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).  Salah satu daripada kurikulum sekolah adalah untuk "mengembang dan meningkatkan daya intelek serta pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif.".  Untuk mencapai hasrat Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan adalah penting sistem pendidikan kita menghasilkan rakyat yang bukan sahaja berpengetahuan dan berketerampilan, tetapi juga yang boleh berefikir secara kritis dan kreatif serta boleh membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan cekap dan bijak.
     Kemahiran berfikir dalam Matematik bukanlah satu yang baru kerana ia sudah lama digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.  Tetapi kesedaran tentang kemahiran berfikir sebelum ini tidak diberi tumpuan kepada perkembangan daya intelek pelajar.  Tumpuan hanya pada penghafalan dan ingatan kembali. Walaupun ini penting, tumpuan pada perkembangan "proses" iaitu perkembangan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif  yang diperlukan untuk memahami dan menyelesaikan masala-masalah dalam Matematik.  Para penyelidik telah menunjukkan bahawa perkembangan kemahiran berfikir boleh meningkatkan prestasi pelajar dalam Matematik.

Senarai KBKK Dalam Matematik

1.   Menyatakan matlamat masalah.
2.   Menterjemah
3.   membuat anggaran
4.   Menyusun atur
5.   Membuat gambarajah
6.   Memproses secara mental
7.   Mentafsir
8.   Mengelas
9.   Mengecam perhubungan
10. Menggunakan analogi
11. Mengecam pola
12. Membuat inferens
13. Membanding dan membeza
14. Mencari semua penyelesaian yang mungkin
15. Bekerja ke belakang
16. Mengecam falasi
17. Cubajaya
















Tuesday 3 April 2012

Model Pelbagai Kecerdasan Gardner

Kecerdasan Verbal-Linguistik
Kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan samada secara lisan atau tulisan, termasuk kebolehan memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan pengucapan dengan baik dan sempurna.

Kecerdasan Logik-Matematik
Kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat (logik). Melibatkan pemikiran saintifik, termasuk pemikiran secara heuristik, induktif dan deduktif, membuat inferens, mengkategori, generalisasi, penghitungan dan pengujian hipotesis.

Kecerdasan Visual-Spatial 
Keboehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual.  Peka terhadap warna, garis, bentuk dan ruang.  Berkebolehan menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang.

Kecerdasan Muzikal-Ritma
Kemampuan untuk menggemari mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik.  Kecenderungan ini termasuk kepekaan terhadap ritma, melodi atau kelangsingan suatu hasil muzik.

Kecerdasan Fizikal-Kinestetik
Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi, keseimbangan dan kelenturan badan.  Menggunakan anggota badan untuk meluahkan idea dan perasaan.

Kecerdasan Naturalis
Berkaitan dengan pemahaman, pengiktirafan dan penghargaan flora dan fauna alam semulajadi.  Gemar akan haiwan dan tumbuhan serta minat terhadap alam sekitar.  Berkebolehan untuk mengenali, menyusun dan mengkategorikan pelbagai jenis haiwan, tumbuhan dan juga batu-batan. 

Kecerdasan Interpersonal
Kemampuan untuk mendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut.

Kecerdasan Intrapersonal
Berpengetahuan kendiri dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri.  Mempunyai gambaran yang tepat tentang diri sendiri, kesedaran terhadap mood dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan dan kemampuan untuk mendisiplinkan diri, memahami diri dan jati diri.