Tuesday 3 April 2012

Model Pelbagai Kecerdasan Gardner

Kecerdasan Verbal-Linguistik
Kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan samada secara lisan atau tulisan, termasuk kebolehan memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan pengucapan dengan baik dan sempurna.

Kecerdasan Logik-Matematik
Kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat (logik). Melibatkan pemikiran saintifik, termasuk pemikiran secara heuristik, induktif dan deduktif, membuat inferens, mengkategori, generalisasi, penghitungan dan pengujian hipotesis.

Kecerdasan Visual-Spatial 
Keboehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual.  Peka terhadap warna, garis, bentuk dan ruang.  Berkebolehan menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang.

Kecerdasan Muzikal-Ritma
Kemampuan untuk menggemari mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik.  Kecenderungan ini termasuk kepekaan terhadap ritma, melodi atau kelangsingan suatu hasil muzik.

Kecerdasan Fizikal-Kinestetik
Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi, keseimbangan dan kelenturan badan.  Menggunakan anggota badan untuk meluahkan idea dan perasaan.

Kecerdasan Naturalis
Berkaitan dengan pemahaman, pengiktirafan dan penghargaan flora dan fauna alam semulajadi.  Gemar akan haiwan dan tumbuhan serta minat terhadap alam sekitar.  Berkebolehan untuk mengenali, menyusun dan mengkategorikan pelbagai jenis haiwan, tumbuhan dan juga batu-batan. 

Kecerdasan Interpersonal
Kemampuan untuk mendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut.

Kecerdasan Intrapersonal
Berpengetahuan kendiri dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri.  Mempunyai gambaran yang tepat tentang diri sendiri, kesedaran terhadap mood dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan dan kemampuan untuk mendisiplinkan diri, memahami diri dan jati diri.

1 comment:

  1. salam...
    boleh kongsi idea ngan cikgu...
    jom follow blog saya..

    http://cikguliza65.blogspot.com/

    ReplyDelete